Some people have certain 'way' of judgement when they look at me. For all I know, I was always being misunderstood - I mean in religious way. Forget outsider, there are even good frens that thought I dont really know much bout reading Quran contohnya, or the Tajwid, or dont know how to read Jawi, sembahyang, ape lagi bab hukum hakam yg lainnya. I am a Muslim, so they are familiar to me. I can even say ; that I can read Jawi as good as Rumi, and far better than some people that claim they good at, tak caye? try me (been there done that - you'll loose hehe). Part of it must be at my fault coz Im the way I am. But forget about me, what I really wanna talk about today, so I can put my chest at ease a bit, is about my lovely religion ~ Islam, Keadilan and Hudud. Erkk.. is that too heavy for Friday?
Do not freak out, this is basically just my point of view, since this blog even called Julia Sayz, right? Once in a while, why not talking bout religion if it can help here and there a bit.
For my understanding, Islam itu indah, dan dlmnya penuh kasih sayang dan berteraskan keadilan - not just for Muslim, but for everything and everyone else too. And what I learnt, untuk mendapat kasih sayang kembali dari Allah swt, perkara pertama dan terakhir yg paling penting dan diutamakan mengikut Syariat ialah keadilan (erk.. bukan parti politik ye tu dah cite lain ginye kang). Allah turunkan anbiak, para Rasul, para Nabi kpd kite - dengan segala buktinya yg jelas dan menurunkan al-Kitab, supaya manusia itu mengadili sesame mereka atas tuntutan keadilan. Allah swt pun kata : Kalau kamu menghukum kepada mereka, pastikan hukuman itu adalah atas keadilan. Dan berlaku adillah kalau itu menuntut kelebihan taqwa kepada Allah swt. Ini adalah jelas sejelas2nya yg being fair itu adalah the supreme purpose atau perhitungan yg utama dalam syariat - tak kirela sbg seorg muslim, atau pun dlm menangani hal2 lainnya mcm jenayah.
Saya percaya, dlm konsep kenegaraan, cara ianya disusun atur mestilah berpaksikan kebijaksanaan (al-Hikmah) mcm yg ditunjukkan Rasululah saw dan para sahabat baginda dlm melaksanakan ajaran Islam - lelebih lagi sekiranya ia berkaitan dengan hukum2 jenayah. Satu negara Islam itu mesti menjalankan pentadbirannya berpandukan atas apa yg terdapat dalam Sistem Pemerintahan Islam iaitu "tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kepada kesejahteraan dan kepentingan ramai (muslihat umum)." Mesti tidak ada kepentingan yg lain2 mcm politik dan mesti selari dengan kehendak dan ajaran Islam sbgmana yg telah diuruskan dgn bijaksana oleh Rasul saw dan para sahabat. Keadilan adalah asas yg paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan tentang keadilan ini adalah sangat terserlah dan paling popular pada zaman Rasulullah berbanding agama lainnya. Baginda sendiri dalam mengembangkan agama Islam, berjuang untuk menghapuskan ketidakadilan yg menjadi sebahagian budaya pada zaman itu.
Allah swt juga sentiasa menggesa supaya mengelak dari terjadinya huru hara dan tidak gemarkan mereka yg menyebabkan huru hara berlaku. Kita diajar hendaklah cuma bertindak balas terhadap serangan dan permusuhan yg dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, saya bangga untuk menyatakan yg org bukan Islam bukan saja tidak memusuhi kita, bahkan boleh hidup bersama dengan begitu harmoni sehingga ada masanya boleh pula memberi kerjasama dan membantu kita dalam urusan2 yg bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.
Ok, berbalik mengenai kenegaraan tadi, saya antara jutaan org yg awalnye merase keliru dengan sistem negara Islam kita, lagi2 bila didtgkan tentang hukuman Hudud. Secara short-cutnya, Hudud ini antara lain bertujuan menjaga agama dan akidah, menjaga nyawa dan anggota tubuh badan dari tercela atau disakiti yg akan dibalas dengan hukuman yg setimpal, menjaga fikiran dari kerosakan misalnya akibat arak dll, memelihara keturunan dan mengelakkan zina (cth), serta menjaga harta benda. Undang2 Hudud dilaksanakan dengan jayanya pada zaman Rasulullah saw, dan sangatlah dituntut. Namun, dilemma terjadi bila ianya hendak dilaksanakan pada masa sekarang. Lebih dilemma, bila hukum ini hanya dilaksanakan untuk org Islam, manakala org bukan Islam berhak untuk tidak mempraktikkannya. Kenapa?
Di bawah undang2 jenayah contohnya, mmg benar sewaktu di zaman Nabi, org bukan Islam ketika itu tidak dikenakan undang2 Hudud dan Qisas terhadap mereka. Org Yahudi cthyna akan dihukum mengikut undang2 yg terdapat dlm kitab mereka - Taurat. Tetapi, wajar untuk kita tahu, yg kitab Taurat mempunyai hukuman yg tidak berbeza dari al-Quran. Mereka yg berzina umpamanya (ni mmg contoh internasional), pada zaman Rasulullah saw, org Yahudi akan dihukum rejam sama seperti hukuman yg terdapat dlm Islam. Jadi hukuman ini dilihat setara dan adil untuk dilaksanakan sesama mereka pada waktu itu
Saya terpikir, sekiranya ia diapplykan pada waktu sekarang, bolehkah pelaksanaannya dilihat sebagai adil dan saksama, sama seperti zaman Nabi. Perlu diingat, ini adalah hukum yg datangnya dari Allah swt, bukan dicipta oleh manusia. Saya sepenuh hati percaya Allah itu maha adil dan membenci kezaliman. Tugas kita manusia ialah untuk melaksanakan hukum Allah swt dan memastikan semua org Islam (dan bukan Islam generally) merasa ianya adalah cukup adil untuk diterapkan dan diamalkan. Namun, pelaksanaan yg salah mampu menimbulkan ketidakadilan dan kezaliman.
Berdasarkan contoh di zaman nabi, kalau hukum Hudud ini hendak dilaksanakan pada waktu sekarang, maka hendaklah ianya dilaksanakan oleh dan kepada semua sama seperti zaman nabi juga, dan sekiranya bangsa/agama yg lain memilih yg kelompok mereka hendak melaksanakan cara dan undang2 mereka sendiri, mereka ini hendaklah beragama dan berpegang kuat dan kukuh, serta agama mereka mempunyai nas dan hukuman yg betul dlm agama mereka (seperti hukuman unt zina, mencuri dll), serta MESTI melaksanakannya mengikut nas agama mereka sekiranya memang terjadi kesalahan tersebut.
Cube fikirkan, akan stabilkah negara kalau setiap komuniti yg bukan Islam berhak menentukan jenis hukuman atas mana2 kesalahan berdasarkan persetujuan sesama mereka sahaja? Kalau sekiranya berlaku kejadian mencuri la contohnya, bagi org Islam, mengikut mengikut hukum Hudud, kene potong tangan, tapi untuk org bkn Islam cume dikenakan denda bayar balik harga bende dicuri contohnya - atas sbb komuniti mereka menyatakan mereka berhak nak buat keputusan sendiri. Adilkah atau zalimkah bila perbandingan ini dibuat? Menghukum org Islam dengan lebih berat berbanding org bukan Islam atas jenayah yg sama adalah amat tidak adil dan merupakan satu kezaliman dalam konsep kenegaraan Islam. Ia tidak secocok atau selaras dengan dasar Undang2 Islam.
Lagi, kalau diambil contoh tentang zina pula, since ini antara topik terhangat yg dibincangkan masa kini. Dlm Islam ianya adalah satu kesalahan besar sekiranya penuduh tidak dapat menampilkan saksi dalam dakwaan yg dibuat. Ye lah, perkara ni adalah sangat berat dan perundangan dlm hukum Hudud itu dibuat supaya tidak berlaku menganiayaan pada mana2 pihak. Malah, sekiranya terdapat seorang wanita yg tidak berkahwin mengandung dan mendapat anak luar nikah, ini adalah bukti berlakunya penzinaan dan wanita itu wajar dihukum dibawah undang2 Hudud. Namun seandainya yg sebenarnya wanita ini dirogol, dan mengemukakan tuduhannya terhadap org yg merogolnya, tuduhan ini hanya boleh diterima sah sekiranya terdapat 4 saksi (yg terdiri dari org g baik2, dan tidak melakukan dosa besar) yg menyatakan telah melihat dgn terang dan jelas bhw yg dituduh telah merogol wanita berkenaan.
Umumnya, kecuali zaman jahiliah atau pon sewaktu kejadian rogol beramai2 seperti yg berlaku di Bosnia, adalah mustahil pada zaman sekarang ini hendak mengemukakan 4 saksi yg terdiri dari org2 yg baik ini, kecuali org yg nak kene rogol tu dah tau die nak kene rogol, dan soh 4 org ni ngintip die siap2. Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak luar nikah dan perogol dilepaskan sbg tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sbg sesuatu yg adil, bahkan ianya adalah satu kezaliman yg dasyat. Jadi sesuaikan kaedah ini dilaksanakan pada masa sekarang? Di zaman sains dan teknologi ini, dengan begitu byk kemajuan moden, dan pelbagai penemuan yg dicapai, manusia diseru supaya lebih menggunakan akal dan kebijaksanaan yg dikurniakan Allah swt dlm mencari kebenaran, bukan hanya bergantung kepada keadaan yg sama seperti zaman dahulukala padahal dlm time frame yg jauh berbeza. Tidak salah untuk menggunakan aplikasi yg baru dan lebih efficient selain mengharap kehadiran saksi - which is a bonus, asalkan keadilan itu dapat dicapai. Jgnkan yg Islam, yg bukan Islam pon mau seriau nak kene bawak 4 saksi merate takut kene rogol nye pasal. Bermaharaja lela la perogol.. silap2 sambil nak rogol boleh la die cakap.. kau jgn nak ngengadu.. kau sorang.. dah la kau kene rogol, karang kau kene 80 sebatan lagi pulak pasal fitnah aku.
Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kepada semua pihak, bukannya untuk melakukan kezaliman. Yg nyata, sekiranya ia dipraktikkan pada hari ini, kezaliman yg ketara boleh berlaku khususnya antara yg Islam dan bukan Islam - lantas akan menjadikannya undang2 yg tidak berpandu, menerima dan menepati ajaran Islam. Sekiranya terdapat unsur yg mendatangkan ketidakadilan tapi diamalkan juga, maka org bukan Islam khususnya akan hilang kepercayaan yg Islam itu selamat dan membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga akan memberi tanggapan yg buruk terhadap agama suci ini, dan menyebabkan penganut agama lain akan menjauhkan diri dari agama ini apetah lagi hendak memeluknya.
Kita hedaklah mempertahankan ajaran dan nilai2 Islam dan mengelak dari melanggar sesuatu yg bertentangan dengan prinsip keadilan dalam Islam. Tidak mengamalkan Hudud, bukanlah bermakna kite menolak hukum Allah swt, kerana Islam itu bukanlah tentang Hudud semata2, tetapi juga berkenaan banyak lagi perkara lainnya yg harus ditimbang pakai. Jgnlah kerana kite silap congakkan, silap perhitungan - kerana kite memakai laras bahasa yg berbeza, frasa yg berbeza, cogankata yg berbeza, sampai org salah faham seolah mesej yg hendak kita sampaikan ialah mahu menekan org lain atas nama Islam.
Byk lagi perkara2 lain dlm al-Quran dan Sunnah yg tidak dapat kita laksanakan hari ini, apakah dengan itu meletakkan kite ini less-Islamic? Kita dah nampak camane org takut dan fobia dengan Islam apetah lagi tentang kesalah-fahaman tentang hukum Hudud ini, apekah tidak wajar unt kite memahami bahawe : unt sementara ini perkara ini bukanlah yg paling utama, walaupon kita laksanakan. Ianya tidak akan menyebabkan kite kurang Islam. Yg lebih penting kalau dari sudut Syariah la misalnya, ialah bukan cume tentang nak menghukum org, tapi soal nak menegakkan keadilan dan banteras kezaliman. Jadi yg paling utama, kite kene letakkan perkara2 yg dilihat sbg satu sistem pemerintahan yg baik dan menjaga kepentingannya serta memakmurkannya sbg perjuangan.
Negara Islam sepatutnya ialah negara yg aman. Org atas dan bawah diberi keadilan yg sama. Rakyatnya hidup dengan kasih sayang, hormat menghormati, pemaaf, membuka lebih byk ruang bukan hanya untuk menghukum org tapi lebih kepada mendidik, ditolong yg miskin, dibantu yg susah, dihalang yg zalim, ditegah yg bermaharaja lela, bersatu padu tak kire sama ada Muslim atau tidak - pendek kata selagi mana mereka taat kepada pemerintahan dan undang2 negara Islam, mereka hendaklah dilayan dengan adil. Dalam Islam ada kerohanian, akhlak, ada adab, politik, ekonomi, ibadah, kebersihan, ketenteraan dan byk lagi. Hukum menghukum itu cumelah satu juzuk yg sangat kecil. Jgn sempitkan ruang pemikiran, akhirnya nanti Islam akan jadi sesuatu yg menakutkan org, kerana kite sering menceritakan konsep kenegaraan dlm versi yg menakutkan. Wallahuaklam.