Friday, February 17, 2012

Tentang Bani Israel

Tanggal 14 Mei, 1948 bersamaan dengan hari Jumaat, merupakan hari yg paling bersejarah bagi kaum Yahudi di seluruh dunia kerana pada hari itu, telah diwujudkan sebuah negara yang dinamakan ISRAEL -> kemuncak cita2 kaum Yahudi yang telah terpasak dalam sanubari mereka sejak beribu2 tahun dahulu.

Usaha menubuhkan negara ini dilakukan melalui beberapa peringkat rundingan, termasuklah Perjanjian Belfour, yang kemudiannya menjadi titik penting dalam mendeklarasikan kewujudannya. Akhirnya muncullah Israel, negara baru yg cuba menempatkan diri di sudut peta dunia.

Ketika di zaman para nabi, Bani Israel merupakan satu daripada byk kaum yg terdapat pada waktu itu. Berpandukan kajian, khususnya melalui susur galur dan sejarah terdahulu, kaum ini adalah kaum yg sama yg kita sebut sebagai kaum Yahudi pada hari ini. Inilah kaumnya yg banyak kali disebut2 dalam Al-Quran.

Dalam Al-Quran juga, telah dinyatakan bahawa terdapat banyak Nabi dan Rasul yg berasal dari kaum ini , kecuali nabi yg terakhir, Nabi Muhammad s.a.w. kerana baginda muncul dari kalangan bangsa Arab.

Berpandukan apa yg disebut dalam Al-Quran juga, terdapat banyak ayat yg menceritakan kisah dan riwayat Bani Israel yg telah wujud sejak zaman Nabi Musa a.s lagi. Di pemerintahan Firaun yg kejam ketika itu, Bani Israel adalah satu bangsa yg dikategorikan sbg hamba dan tidak layak menikmati kehidupan bebas apa lagi sempurna seperti kebanyakkan kaum2 lain yg di anggap lebih tinggi darjatnya. Firaun yg berbangsa Qibti adalah sangat zalim kepada golongan Bani Israel. Di era moden, kezaliman yg dilakukan Firaun mungkin hampir sama nilainya seperti yg pernah dilakukan oleh Adolf Hitler terhadap golongan ini ketika era Perang Dunia Kedua.

Sinar harapan menjadi cerah bila munculnya Nabi Musa a.s. Akhirnya, Nabi Musa dengan izin dan pertolongan Alah s.w.t, berjaya menumbangkan kekuasaan Firaun dan dalam masa yg sama membebaskan golongan yg dizalimi ini dari kekejaman Firaun. Kemudian, Allah s.w.t telah memerintahkan supaya Bani Israel berjanji, bertaat setia dan patuh kepada Nabi Musa a.s.Perkara ini telah dinyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran melalui firman-Nya di kebanyakan surah. Sebagai contoh, di dalam Surah al_Baqarah Ayat 83, Allah s.w.t telah menerangkan kepada Bani Israel beberapa perintahNya yg telah disampaikan melalui Nabi Musa a.s untuk dipatuhi oleh kaum tersebut. Perintah ini dikenali juga sebagai The Ten Comandments dan disebut dalam Kitab Taurat yg asal. Maka berjanjilah mereka untuk mematuhi perintah ini. (Malah, sebuah filem telah pon dibuat berdasarkan perintah ini sekitar tahun 1956, The Ten Commandment arahan Cecil B. DeMile). Kandungan perintah tersebut ialah :

1. Akulah Tuhan, Allahmu. Jangan ada padamu tuhan lain selain Aku.

2. Jangan membuat bagimu patung (sembahan) yg menyerupai apa pun.

3. Jangan menyebut nama Tuhan : Allahmu, dengan sembarangan.

4. Ingatlah dan kuduskanlah hari Sabat.

5. Hormatilah ayah dan ibumu.

6. Jangan membunuh.

7. Jangan berzina

8. Jangan mencuri

9. Jangan mengucapkan saksi dusta sesama kamu.

10. Jangan mengingini milik sesama kamu ( jangan mengingini isteri, atau hamba lelakinya, atau hamba perempuannya, atau lembunya, atau keldainya, atau hartanya, atau apa pun yg dipunyai sesama kamu)

Tidak berterima kasih atas segala nikmat yg diberikan, kaum yg tidak mengenang budi ini telah menjadi degil dan menjadi begitu angkuh akibat kesenangan hidup berbanding sebelumnya, malah engkar dengan perjanjian yg dipersetujui. Perbuatan mereka ini tidak hanya berlaku ketika zaman Nabi Musa a.s saja, malah berlarutan hinggalah ke zaman selepas Baginda. Pada hari ini, setelah 1400 tahun berlalu, kaum Bani Israel yg kini kita kenali sebagai Yahudi ini masih dan tetap engkar terhadap apa yg telah diperintahkan oleh Allah s.w.t kepada mereka. Perkembangan terkini, kita masih dapat melihat apa yg dilakukan oleh kaum ini, khususnya apa2 yg berkenaan Israel, masih sama seperti beribu tahun yg lampau. Keangkuhan dan kesombongan yg masih sama dan langsung tak berubah, sama seperti yg dijelaskan dalam Al-Quran.

Dalam surah al-Baqarah, ayat 85, telah disebutkan yg bermaksud " Sesungguhnya, golongan Bani Israel ini adalah satu kaum yg dimuliakan Allah s.w.t satu ketika dulu. Kebanyakkan dari keturunan Bani Israel atau kaum Yahudi, mempunyai kebijaksanaan dan kelebihan yang tidak diberikan terhadap kaum lain."

Jelas berdasarkan ayat tersebut, betapa Allah s.w.t telah mengurniakan keistimewaan kepada kaum ini. Nikmat yg diberikan bertali arus sejak dibebaskan dari kezaliman Firaun. Mereka menjalani kehidupan di kawasan subur dan terpilih, mempunyai Kitab Taurat, malah Rasul juga dilantik kalangan mereka, tetapi mereka tetap tidak mahu bersyukur, sebaliknya hanya byk memberikan alasan.

Suatu ketika, Allah s.w.t telah memerintahkan supaya mereka berpindah ke Palestin, namun mereka engkar dan membelakangi wahyu Allah s.w.t atas alasan takut terhadap suku Kan'an. Sikap pengecut itu telah menyedihkan hati Musa a.s, lalu Allah s.w.t menjadi murka dan telah mengharamkan mereka memasuki Palestin selama 40 tahun, dan selama itulah mereka berkeliaran atas muka bumi tanpa penempatan tetap.

Selepas 40 tahun menjalani hidup dalam kebingungan sehingga musnah apa yg mereka miliki, Palestin kemudiannya telah dihuni oleh generasi baru. Malangnya, sikap mereka yg pendengki, suka bermusuhan dan kejam terhadap org lain tidak pernah surut. Sudah menjadi fitrah manusia, pastinya ramai yg lupa daripada beringat, lebih2 lagi bila nafsu merakus mengatasi iman. Negara Israel lalu ditubuhkan, di atas air mata, penderitaan dan pertumpahan darah org yg tidak bersalah, semuanya atas nama nafsu dan kerakusan untuk berkuasa. Itulah hakikat yg terjadi kini, di bawah rejim Israel, kaum ini dengan hati yg buta kembali melakukan kerosakan khususnya di bumi Palestin, Lubnan dan beberapa negara lain. Mereka kembali melaksanakan kekejaman dan berselindung di sebalik kata2 retorik 'perdamaian' dan 'demokrasi'.

Kaum ini menggelarkan orang lain, khususnya umat Islam sebagai pengganas, namun penglibatan mereka yg secara terang2an dalam pembunuhan rakyat Palestin, tragedi Shabra Satilla dan Deir Yassin, malah byk lagi kezaliman lainnya, dianggap sebaliknya. Sedihnya, ada segelintir orang Islam sendiri yg merasa tindakan mereka ini adalah untuk menjaga hak dan kepentingan mereka, sama seperti bangsa lain di dunia ini, dan menyokong bangsa ini atas tiket kepentingan diri sendiri, padahal dalam masa yg sama, sesetengah bangsa Yahudi itu sendiri langsung tidak setuju dengan tindak tanduk pemimpin mereka, khususnya dasar luar pentadbiran Israel. In Fact, sebenarnya terdapat ramai kaum Yahudi yg berpendirian waras, ramai2 keluar dan mengadakan demonstrasi membantah kezaliman yg dilakukan oleh kaum mereka sendiri sejak tragedi Shabra Satilla, Deir Yassin, penaklukan Palestin dan berterusan hinggalah yg terbaru, bila Lubnan pula dicerobohi, namun kebanyakannya berjaya disorokkan dari kaca mata dunia.

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Maidah ayat 32 yg bermaksud : " Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu, kami tetapkan Bani Israel, bahawasanya sesiapa yg membunuh seorang manusia, dengan tiada alasan yg membolehkan membunuh orang itu atau (kerana) melakukan kerosakan di bumi, maka seolah2 dia telah membunuh manusia semuanya, dan sesiapa yg menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah2 dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya, dan demi sesungguhnya, telah datang kepada mereka rasul2 kami dengan membawa keterangan yg cukup terang, kemudian, sesungguhnya kebanyakan daripada mereka sesudah itu, sungguh2 menjadi orang2 yg melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi."

Ayat ini sudah cukup menggambarkan betapa kaum Yahudi ini sombong dan bongkak bukan sahaja sesama manusia, tapi juga Maha Pencipta Allah s.w.t dan perintahNya. Kini, Golongan mereka yg menderhaka kepada Nabi dan perintah Allah s.w.t ini secara rasminya telah wujud kembali secara terang2an dan muncul dalam bentuk pemimpin kaum Yahudi dan menyambung legasi kekejaman dan kezaliman nenek moyang mereka tanpa segan silu. Sedar atau tidak, Bani Israel yg telah beribu2 tahun bertaburan di muka bumi ini akibat dimurkai oleh Allah s.w.t seperti yg disebut2 dalam al-Quran kini telah kembali bertaut, bersatu dan mempunyai negara dibawah panji Israel.

Sunday, January 29, 2012

Our 7th Heaven

Hoh! Ape? Ketujuh dah? Huih ape terjadik ni? Mimpi ke aku? Eh aku kat mane ni? Dah kemane perginye semua masa itu? Rasa mcm weekend smalam je terjadik tapi tetibe dah 7 tahun dah? Betul ke dah 7 tahun aku dok ngadap muke mamat ni? Ye ke? Apasal aku cam tak berape perasan je?





Haaa.. camtu lah lelebey kurang perasaan aku bila laki aku tetibe kasi satu kiss kat pipi tepat kol 12 malam pada 8hb Januari tuhari sambil ucap Happy Our 7th Anniversary. Aku plak mase tu ngah siokk je ngadap TV dengan jayanye. Perasaan masa tu mak ai.. bercampo-campo, tapi frankly, perasaan yg paling banyak sekali ialah perasaan bersalah. Pasalnye aku langsung tak hengat, bole? 2-3 hari sebelom tuh aku dah ingat dah, tapi bila dah time, bole telupe la plak. Ngeeeeeeeeeee.. Aku cume mampu sengih sambil kekelip mate. Lepas tu pale aku kene tonjol.

Alah bukan aku sesaje je tak ingat, niat nak ingat tu dah ade, tapi TERlepas plak kan.. lagi pon, aku rase cam hari hari pon cam pengantin baru.. cintaku padamu tetap mekar di awan biru gitew.. di dadaku hanya dup dap dup dap dengan nama kamu.. leh tak kalo aku nak mengkaver diri aku camtuh? Hehehehe.. Mau muke laki aku herot 45 degree kot kalo aku kate camtuh.

Well, sebenonye, dalam byk hal especially yg melibatkan tarikh-tarikh ni semua.. laki aku lagi pengingat dari aku. Aku ni kadang besday sendrik pon aku lupe. Selalunye kalo dah masuk bulan May tu aku dah ingat dah yg dalam bulan tu mmg arijadik aku, tapi pasal kemain lama nak tunggu ujung bulan, lepas 5hb tu selalunye terus lost count, lepas tu tetibe je aku jadi hilang ingatan and kalo tak diingatkan, terus membawak sampai ke bulan depannye. So kalo takde sape wish pape pon.. aku takdenye terase.. (tapi lom penah lagi la takde org wish tiap2 taun kaen..)

Laki aku lain pulak.. kalo 12hb Feb tu telupe pasal besday die.. muke dah menten nampak cam cool cool cool.. tapi karang.. mau 7-8 purnama die ungkit. Eleh.. ati kaler merah jambu mmg camtuh.. tak byk sikit majuk le tewww.. ngeh ngeh ngeh ngeh.. So kau jgn buat pasal Rina, jangan kao lopa sama laki mu ponya tarikh beranak.. kao bukan tatao betapa kembang semangkoknya laki kao bila kao wish hepi besday sama diaaa...ha ha ha ha ha! Ha alo camtu barula namenye sayang kan? Bila partner kite gumbira, kite pon suka sama ye dak? Pandai tak saye? Takpe takpe bulan Februari lom lepas lagi.. satgi kang aku tulis siap2 kat pintu peti sejuk beso2 supaya tak lupe.. heh.

So skang lengkap la 7 tahun aku menjalankan hidup sbg Mrs. Tengku Zulfadzil. Cemerlang ke, terbilang ke, atau melayang ke.. tu kene tanye pak inchek la.. (ehem! nak kene jawap ke?) tapi aku rase, aku dah try seboleh baik sepanjang aku menceburi karier menjadi isteri ni. Ade tergeliat sikit-sikit tu biase lah.. tapi alhamdulillah.. yg besar ke, yg kecik ke.. semua kami tempuh dengan sabar dan yg penting, semuanya kami hadap bersama. Bagi aku, KEBERSAMAAN itu adalah kunci dalam rumahtangga. Tak ada dalam kamus kami tentang SAYA atau AWAK, semuanya adalah tentang KITA. Kami cuba hidup saling lengkap melengkapi, hormat menghormati dan memperbaiki sesama sendiri supaya rumahtangga ini menjadi sesuatu yg indah dan seronok untuk dinikmati. Aku sedaya upaya akan cuba pastikan, bila suami balik ke rumah, hati yg gundah menjadi tenang, apa jua masalah yg datang, biarlah terlurut bila menengok pintu rumah, dan bila kakinya menapak ke dalam rumah pulak, biarlah senyumannya yg ternampak dahulu selepas memberi salam. Tak mudah, tapi sebenarnya tak juga susah, yang penting, andai hati kita ikhlas, semua pon kite mampu buat.

Now, bila aku imbas balik saat-saat aku mula kenal die around tahun 2000 dolo, sape sangke mamat ni yg dolonya cume geng chatting kat ICQ, kendian pasal boleh geng satu kepala, kami jumpe untuk petame kalinya kat McD Taipan for quick lunch, berjaya menangkap hati aku yg kebal ini untuk mengenali hati budi beliaw? --> (kata artis zaman skang la) In the process yg telah macam2 terjadik dengan peristiwa2 yg tak ingin ku ingat waktu itu, entah camane aku bole pi berdating ngan die and akhirnya kawen? Tu lah namanya jodoh kan?

Masa banyak mengajar kita, and definitely lotsa things about us have changed since then, but I think, most of what we value in our relationship maintain the same. I love you, you love me. Your happiness making me happy vice versa and other stuffs like that might look simple and leceh2 je, but small small things like that works like a charm. We grow our love from the very beginning with trust and understanding, now it even get bigger and stronger. At the end of the day, both of us just wanna have a good life and have fun doing it, and thank God to let him be my partner in this one. Semoga jodoh ini terus berkekalan sehingga ke akhir hayat. Amin amin, ya rabbal a-lamin..

Wednesday, December 28, 2011

Fish & Chips : Our Way

Lazy already watching ciken in yur plate? Let's fishin'!

I dont know how everyone else do it, but for us, this is the recipe that I got originally from my mum in-law, and we LOVE it. This Fish & Chips is adorable for its the simplest, the fastest, and taste just like the old days when we were kids - obviously to Orff coz her mum made this for him for years. Nothing much to prepare : just the fish and the chips, while the rest just angkut je ape ade dalam peti sejuk - combine all and wallah! In only about half an hour, thats yur dinner for the day..


How to do it :

  1. Get fish fillet. You can buy the fresh fish if you like than fillet them OR, takyah buang karan just buy the frozen one. Taste as good jugak so no worry, and kalo lebih boleh simpan buat stock. Usually they sell Dory or Sutchi fillet, which both are in white color. Thats the one.
  2. To cut the chase short, get tepung berperisa untuk menggoreng ayam/seafood like KFC brand or any other that you like. If takde, mixkan tepung gandum + garam + cayenne pepper or serbuk cili + ground black pepper. Lumurkan fillet tadi dalam tepung ni sampai rata.
  3. Beat 1 egg dalam satu bekas lain, and boleh la mula panaskan minyak untuk menggoreng.
  4. Angkat fillet yg dah dilumur tadi, letak atas board or something yg rata, then sapukan telur on it. Lepas tu taburkan bread crumbs di atasnye. Takde bread crumbs ni, kang tak jadi lak Fish & Chips ye puan, karang jadi kodok fish lak. Tebalikkan the other side of the fish and re-do. Bila minyak dah panas, sila lah goreng sampai warnanya menjadik golden gitu.
  5. Angkat dan toskan minyak, and boleh la dihidang dengan kentang goreng, salad dan pape lagik yg anda suke.
How to eat it :

Letakkan ikan, chips and salad/sayuran atas pinggan. Perahkan lemon ke atas fillet, then kalau ada, sedap bangat di makan bersama tartar sos. If not, cicah sos biase pon sodap jugak. Salad tu boleh la dibuat ala2 ceasar salad atau kalo malas, tuangkan je thousan island as gravynye. Dig in and Enjoice!






Tuesday, December 6, 2011

Health Project : To Lose Weight In Infra Red Sauna


About 2 weeks ago, I just found out that my house ada sauna! Been here for more than 2 years, and baru skang tau bende tu ada. Bole? Itu pon my niece si Fateha yg cakap. She even been there few time already enjoying the facility. Mmg blur sungguh aku ni hek. So, I went there and check it out, then figured out that what we have now is basically 3 Infra Red Sauna rooms. Now what the heck is Infra Red Sauna? Rupenye macam dalam gambo ni ha..





Last time I went to sauna, it was hot, steamy and ended up all wet over the place. Now the ones that we have here, its dry and.. basically just a small room made from nice wood, with a bench to sit in it. Its kinda privacy and cozy tho. Oh, and I love the smell of that wood.. Ok, since I was not familiar with those, I googled it to know how actually it works compare to the usual one, and found some infos on it. This is how the Infra Red Sauna works compare to the conventional one. OoOooOooo....

Some people believed that sauna is a kinda safety tools to lose weight. How? Well, using sauna can make you drop off several pounds alright. You may not experience dramatic weight lost, but by exposing yourself to high temperatures, your body gonna sweat out the extra weight. Some say that, thats only the sweat/water that came out from body, not the fat. Well I guess its not entirely true, pasal secara puratanya, badan seseorang itu mampu kuarkan peluh sehingga 500g and expend about 300-600 calories during 20-40 minutes sauna session, which is bersamaan ngan kalori yg digunakan bila seseorg tuh lari dalam 2-3 miles.

Berat yg hilang tu memang akan naik semula bila kita minum air dalam jumlah yg sama. Walopon begitew, kalori bukan air, jadi walopon nampak mcm berat tu tak turun dalam masa sehari lepas sessi sauna tu, you will not regain the calories that we use to expel that sweat. Kalori ini adalah hasil dari sweating process yg akan increase your heart rate, metabolic rate and overall cardiac output. So dgn pemakanan yg betul setiap hari, especially to those yg suke berdiet tapi kurang hasil, disarankan cuba kaedah sauna ni secara daily, hasilnya katenye memberansangkan.

Sauna jugak akan menyebabkan garam dalam badan dapat dikuarkan melalui peluh. Garam adalah agen terpenting yg menyebabkan kejadian water retention dalam badan, dan bila terlalu byk air, berat akan naik. So, we dont want to keep too much salt inside our body untuk dikumpul jadi fat tak tentu pasal ye dak?

Sauna ni jugak mampu menyahkan chemical toxicity. As these toxins removed from body while using the sauna, weight loss jugak naturally follows. In fact, Infra Red Sauna ni are said that the only natural, healthy way to burn calories without lifting a finger or exercising. Hmm.. bagi kome2 yg maleh nak besenam cam aku ni, opkos le make sense kan? Hehehee...

Dikatekan jugak, yg using this sauna daily mampu meransang dan menghensemkan tisu2 kolagen kite. Kirenye, takyah nak sesuntik botoks segala, masuk je sauna hehari muke pon berseri2 lagi tegang gitu. Selain itu, ianya boleh tolong easekan kite punye sakit2 otot ka, sakit2 badanka, serta melancarkan perjalanan darah dalam badan. Walo camane pon, jangan stay terlalu lama dalam sauna, seeloknya yg paling lama pon 30 minit aje sbb kalo lebih2, bole mengakibatkan dehydration, heat stroke dan hyperthermia. Kalo agak2 dah tak tahan dok dalam tu, seblom jadi pepening ke, pensan ke, cecepat lah kuar ye..

Hmm.. so.. since dah ada facility nih.. untuk kesihatan (and hopefully untuk keseliman aminnn) apo laie, moh try keberkesannnye. Betul ke tak teori2 tu semua. Let see what happen in 2 months from now.. jom sauna! Enjoice..

Bila Hati Menjadi Jaki..

Orang kata hidup ini umpama roda, kejap ke atas, kejap ke bawah. Bila kat atas seronoklah rasanya. Tapi as everyone know, hidup taklah seindah asik nak dok atas manjang aje kan? Sesekali tegolek jugak kat bawah. Bukan ape.. supaya kite nampak sikit rupe dan bentuk muke bumi serta tanah yg kita pijak ni sikit.. supaya kite ni toksah le asik nak menongkat langit je kejenye. Kalo yg tak sesedo gak tuh, silap2 tuhan kasi makan tanah tu sekali bagi rase sedap ke tak. Tapi, dah peel manusia ni berbeza beza.. kalo akal yg cepat sikit pikir maka akan sedar dan insaflah die, bagi yg ketegaq cam kayu kat rel ketapi tu.. dah kasi macam2 petunjuk even kesusahan pun, serupa je, hari2 berdentum dah kene langgar ngan ketapi pon, masih tak serik2 jugak ngan pangai die.

Haa.. amacam? ada gaya mak nenek tak membebel? Hahahahahah... Ala kasi la can sikit. Bukan hari2 dapat membebel ni. Sesekali ape salahnye kan. Hari ni hati terase menggebu2 lak menulis dalam bentuk bebelan. Pasalnye.. malam semalam punye pasal le ni. Hehe.. and nope, bukannya ade pape come up, just a story yg datang bergolek to my feet when I least expected it, I mean, I kinda expected it, but never thought that it was EXACTLY as how I thot it wud be.

Its a funny story, coz I laughed my heart out when I heard it, its a pity at the same time to know how some people live their life, and its a wonder of how a brain of a person can work in certain ways, when things dont follow accordingly to what they want. Really.

On Saturday nite smalam Orff went to see an old fren from his hometown. Mamat ni member skolah die dolo and mmg dah berpuluh tahun tak jumpa lah. So the purpose to see this guy, was actually to talk about business, like co-project camtu lah. I plak kene hantar my mum balik Ijok plus we need to do some some discussion with my sister sbb minggu depan dah nak wedding anak die. Habis diskas semua, lepas hantar my mum balik, Anyea decided to sleep over je kat sane sbb dah syok main. Masa tu mmg dah malam sangat dah pun, so oklah. Then later that nite, Orff called me lah cerite the updates of his meeting with that fren.

Well, so far, the fren suke je nak co-op ngan Orff. They discussed a lot about it and seems like there is a bright future ahead for them. But, I bukan nak sesibuk cerite pasal projek depa duorang ni.. tapi tang cerite selingan tu yg best dengar tu sebenonye.. hahahahahah!

Actually, Orff memule mcm reluctant sikit nak jumpe mamat ni, pasai.. we found out a little while ago that he was closed with 'a being/entity from the same hometown' yg sangat tak ingin kami dengar namanya sebab agak serem. 'Entiti' ini telah menghantui kami selama bertahun2 dan sungguh menyeramkan, and once dah terkubur setelah dibacakan mantera yg power last time, rasanya eloklah dibiarlah terkubur sampai bila2. Cuma masa raya haji tuhari, lepas kunjungan Orff's another fren from the same hometown, kami diberitahu yg this guy ok, takde masalah ngan Orff. Orff tu riso la gak, kot2 kang mamat ni telah di brainwash dan dirasuk oleh entiti tadi dengan info yg bukan2. Tapi rupenye, he is the kinda guy that use his brain to think lah, not like some people kan.. Since this 'another fren's' information is reliable, maka Orff pon try sms mamat tu and hasilnya, terjadilah penjumpaan malam smalam tu..

Di antara waktu iklan dalam discussion tu, Orff kate mamat tu tanye la die camni "Apa kau dah buat ngan 'tuttttttttttt' ni Tengku, tak habis2 die asik cerita pasal kau je." Tegelak2 mamat tu pandang Orff. Orff kate die tak jawap la, just gelak balik and try to get away from that topik yg mmg malas die nak diskas. Lagi pun, since mamat tu katenye rapat ngan entity tersebut, malas la Orff nak cerite lelebey kang ke longkang lak peginye. Mana tau die dah take side ke ape kan. And bila mamat tu keep on talking about it, and sounds that he was actually laughing at that 'being's' behavior, at last Orff just cakaplah as simple as he can.. yg that 'tuttttttttttt' tak hehabis asik nak cerita hal2 yg ntah hehape, kuar macam2 kat FB, and yg paling die hangin, bila cakap bukan2 pasal wife die (aku le tew..) then kasi sebar kat orang, padahal kenal pon tidak pasal org yg dikatenye tuh. Orff adela bagitau yg punca asalnye dolo 'tuttttttttt' tu marah bila Orff taknak campo hal rumahtangga die sbb duda 'tutttttttttttt' tu baik ngan die, takkan nak join semangkuk lak. Masa tu kemain mengamuknya, and terus putus kawan, pehtu lepas few years bila dah solo, takde ribut takde angin dan2 nak bebaik tak tentu pasal siap dtg rumah lak. Tapi dalam masa sama dok ngengate yg aku nih dok jeles kat dia, siap queen kontrol kat laki aku tuh, takut lari kat die, kununnye die sangat hot (Hot la sangat). Bila kene sound ngan laki aku, melenting balik. Apara ini orang. Sendiri bengang, sendiri marah, lepas tu tetibe nak bebaik, tapi wat taik. Bila kene sound sbb sendiri screw up, meroyan plak. Haih. Macam2 peel la.

Bak kate member Orff tu, die pon naik pelik awat asik nak cerite pasal laki aku tuh je- tak kisah la cerite baik ke tak baik kan, dolo sayang di timang2, la ni sudah kene tembak 2-3 das terus melayangla gamaknye, tapi pokoknye topik lain kan banyak - aku pon pelik sama apola yg diherankan sangat ke laki aku tu ha. Kot rupe Robert Pattinson ka.. Aaron Aziz ka.. aku paham la jugak. Agaknye masa memude dolo ensem sangat la gamaknye kot.. sampaikan dari remaja sampai la dah nak menopos ni tak hehabis lagi ceritenye. Siap tubuh 'haters club' ni, kalo sesape yg dah ditarik oleh 'tuttttttttttttt' ni untuk turut serta join club nih TAK BOLEH berkawan atau bertegur pon ngan laki aku, ape lagi la berjumpe cam mamat ni. Kalo degil, siapla kene caras macam kawan Orff yg datang masa raya haji tu, terus kene pangkah taknak kawan. Adaka patut.. Dah macam budak tadika lak siap main geng2, mcm la ramai sangat org berebut nak kawan ngan die pun.

Kesimpulannye, mamat tu kate, actually die paham perasaan laki aku tuh, especially bila laki aku kate die dah malas nak kontek sesape kat hometown die tuh, even kalo dolo kawan baik pun, pasal tatau sape kawan sape lawan. Mamat tu kate, knowing 'tutttttttttt' tu, ramai tau die mmg dah lama terkenal ngan mulut longkangnye sejak dolo lagi, so masih ada kawan2 yg 'tutttttttttt' tu claimed is in her 'grup' yg just masuk tinge kiri kuar tinge kanan je cam die. Dia just pasang telinga and dengar, tapi takkan la die bengap sangat nak pecaye semua. Pada hemat die lah, rasenye 'tuttttttttttttt' tu stress kot pasal die tengok laki aku ni life die jadi ok - maknanya bahagie, sedangkan die tak. Ape ke kesnya nak banding2kan ngan life die tatau lah. Agaknye die aspect hidupnya yg sepatutnya menjadi 'hot stuff' sampai tue, rupenye tak kemane, lom sampai sekerat jalan, dah tinggal suam2 kuku je, nak hidup berumahtangga pon tak menjadi. Pendek cerite 'love & life' nya tak memberansangkan la. Lama2 die jadi dengki lagi jaki, lelagi laki aku yg 'patutnya' tertawan ngan die cam zaman2 remaja dolo kini dah tak heran dah pon sama die.. To make it worse, die yg hulur tgn dolo kat laki aku, tapi sbb die main kotor, laki aku sudah rejek sama die. Mungkin die rase die sentap kene rejek, tak kisah la even die buat hal pon, pasal die patutnya adalah diva. Laki aku patutnye kene terime je die dan bersyukur walopon telah di back-stab tanpa byk songeh. Bole? Heh.

Well, rasanya aku takleh la dedah sangat ape lagi yg laki aku cakap pasal kes ni, cume yg pasti aku byk gelak masa die cakap dalam fon tu, sampai senak perut aku mendengo detailsnya. Aku bukan gelakkan 'tutttttttttt' tu, tak baik woo.. aku gelak pasal semua firasat aku pasal die betul semuanya. Nujum bukan sebarang nujum, sapa sangke aku leh dapat conformation seketul2 cam ni kan? I have to say, my skill on reading people's behavior still there lah! Kalo tuhan tu nak tunjuk.. tunggu lambat ke cepat aje, from resources yg cempedak jadi nangka lak tu. Cuma tu lah, takleh la aku nak revealkan lelebey pasal data dan story si pencerite, kang kene santau lak.

Macam yg aku katekan kat mukadimah tadi, tengoklah kebawah, ke tanah yg kau pijak, dan merendah dirilah. Tuhan itu maha adil. Kalau kau rasa kau asik dibawah je tak naik2 ke atas, tak perlu palu kompang kata kau kat atas kat semua org, sebaliknya redha lah. Menipu orang tu satu hal, tapi perluke nak nipu diri sendrik? Kebahagiaan datang dalam pelbagai bentuk, Kiranya kau rasa kau nye happines tak sampai2, then something, somewhere must be wrong. Mungkin dah ade, tapi pasal pangai kau yg bukan2, sbb tu kau tak nampak. Mata hati tu dah berkabus dah kot. So cuba2lah viperkan die dengan rentikan perangai bukan2 kau ye. Have a glorious life everyone! Enjoice..

p/s : mamat tu skang pon dah tak heran gak nak kawan ngan 'tuttttttttttt' tu pasal 'tutttttttttttt' tu dah buat pangai meroyan kat bini die jugak. Agak2 la.. org nak bekawan bebiase je, kau nak lelebey lak.. tak payah la marah or sakit ati bila org lain bahagie ye. memetik kata mamat tu, die kate kalo die tu siok sama kau, dari skolah dolo die dah ngorat dah ngeeee...

Wednesday, November 16, 2011

Cintailah Dia..

Cintailah dia..

..bila die merasa minuman atau makanan kamu. Dia cume hendak memastikan yg ianya sedap dan sesuai untuk kamu.

..bila dia asyik mengingatkanmu untuk jangan lupa sembahyang. Dia cuma hendak kamu ke syurga.

..bila dia merasa cemburu. Kerana dalam banyak2 manusia di dunia ini, dia memilih untuk cemburu dengan kamu.

..bila dia menjadi isterimu, dia menyuruhmu bermain dengan anak2. Dia bukan melahirkan mereka untuk menjadi miliknya seorang.

..bila dia meminta kamu membantu anak2 tengokkan kerja sekolah mereka. Dia cuma mahukan kamu menjadi sebahagian dari keluarganya.

..bila dia kurang menarik sewaktu bangun pagi. Dia akan cantikkan dirinya kembali kemudian.

..bila dia bertanya adakah dia gemuk. Pandangan kamu adalah yang paling penting, jadi beritahulah yg dia kelihatan cantik.


..bila dia memang kelihatan cantik di pandangan mata kamu. Dia
milik kamu, jadi hargailah dia.

..bila dia bersiap berjam2 lamanya. Dia cuma hendak menjadi yang terbaik untuk kamu.

..bila dia membelikan sesuatu, biarpun kamu tidak menyukainya. Senyumlah dan katakan lah ianya adalah sesuatu istimewa.

..bila ada sesetengah perangainya yang menjengkelkan. Kerana kamu juga ada.

..bila ada sesetengah sikapnya yg tidak baik. Kamu juga mempunyainya, dan dengan kebijaksanaan serta kebaikan yg ada dalam diri kamu, kamu ada banyak masa untuk membantunya supaya berubah.

..bila masakannya tak sesedap mana. Dia telah mencuba.

..bila dia menangis tanpa kamu ketahui puncanya. Tak perlu tanya, cuma katakan padanya yang semuanya akan menjadi ok.

..bila dia meragam akibat PMS. Belikan dia coklat, atau bunga, atau apa saja yg dia suka, gosok2kan kaki dan belakang badannya, dan berbuallah dengannya, pasti moodnya akan reda.

..bila apa saja yang kamu buat semua tidak kena di matanya. Percayalah, ianya BOLEH terjadi tanpa sebab, dan pasti akhirnya akan berlalu pergi.

..bila die tanpa sengaja terkotorkan pakaian kamu. Mungkin sudah sampai masa untuk kamu membeli yang baru.

..bila dia membebel tentang cara pemanduan kamu. Dia cuma mahu berasa selamat.

..bila dia membangkang kata2mu. Dia cuma mahukan sesuatu yang adil untuk kamu berdua.

..bila die melalut kelaut. Kadang2 dia tak pasti pun apa yg cuba diperkatakannya, cuma hendak bercakap dengan kamu saja.

Cintailah dia.. kerana dia milik kamu. Kamu tidak memerlukan apa2 alasan lain untuk menjadikannya istimewa, kerana tanpa dia, mungkin kamu pun taklah seistimewa mana!

Tuesday, November 8, 2011

Mari Menjerat Semut Yang Jahat!


Ada satu malam tuh, sbb dah plan yg pepagi esoknya nak balik Ijok, so sebelum masuk tidur, aku ngan Anyea punye la mengemas rumah kasi bersih supaya pagi esoknye tu boleh skip mengemas and balik terus je. Byk plan yang nak dibuat kat Ijok tu, nak beli barang untuk sambal tempe, sbb Shitah; adik Orff yg mengandung tu teringin nak makan sambal tempe Mak. Alang2 nak buat ni, buat lebih sekali la, untuk Raye Haji kang. Tu acaro memasaknye, acaro lain; antar Anyea pi klinik pasal mase tu Anyea kene demam + seseme, ubat kebetulan dah nak abis, so alang2 nak balik Ijok ni, leh la singgah kat klinik desa kat Ijok tuh. Aku mmg suke pakai ubat gomen ni bukan sbb ongkosnye, tapi obat2 die mmg mujarab berbanding kebanyakkan obat klink swasta. Lepas tu kang, aku nak kene potong and ejas sikit rambut aku ni ha.. da macam sang kelembai rupenye, sbb dah lama tak dibelai. Since aku kehilangan hair-dresser aku yg kat subang nih yg entah kemane peginye, ade satu salun kat Ijok tu yg not bad lah jugak servisnye. Sesak2 leh la pegi kan. Cuttingnye sesuai la jugak ngan taste aku ni. Lepas tu kang, aku nak kene soping sikit untuk rumah Mak, beli la pape yg patut, kan dah awal2 bulan ni. Ha.. punye la banyak plan tu kan, kalo lambat sampainye, takut tak cukup masa lak nak setlekan semua bende ni.

Masa dok mengemas2 ni, tetibe entah dari mana datang, baru perasan semut punye la banyak! Mane lak datang nih? Semut halus kaler itam yg kalo pegang tu pehh busuknye. Memula tak perasan sbb kitchen kabinet tu kaler itam, sama kaler ngan semut2 tuh. Perasannye masa mengelap2 tuh la. Punye la besepah2 sane sini atas meja kabinet. Lepas tu die jalan punye la ramai beribu-ribu ikut susur tepi kabinet, and tepi dinding dedekat kabinet tu. Aku check tetempat lain dalam rumah, takde. Maknenye cume sekitar2 kabinet and dry kitchen aku jek. Sib la die tak masuk lagi kebahagian yang aku simpan pinggan mangkuk tuh semua. Wet kitchen pon die tak kaco. Kalo tak.. kalo kene kat barang2 makan ke, mmg aku buang je memane yg die hurung tu, tak rajin aku nak simpan.

Musim2 hujan ni, biasela semut pon pindah randah masuk rumah. Maybe semut2 ni semua baru naik kot, so lom sampai lagi ke tempat2 lain. Walopon kesian sbb depa pon makhluk Allah, tapi still, bila da kaco masuk rumah aku camni, aku mistile geram. Kang masuk makanan, masuk gula, silap2 masuk susu Anyea kang... aii.. tak ke payah.

Aku peratiii je askar2 semut ni bejalan dari mana dan sampai kemana sbb nak tau punca, tapi tak jumpe lak endingnye ke mane. Haish.. kalo tatau punca ni, tak gune nak disembur ngan racun serangge sbb yg mati kang cume yg kite nampak je, yg tak nampak tu akan datang balik sambung keje kekawan yg mati tu.. silap2 mau lagi ramai depa datang. Hmm.. so projek aku malam tu ialah; gunakan umpan supaya seluruh koloni semut tu mati sekali dan tak datang2 lagi dah. Nguwahahahahahahahaahahah!!! Gelak yg jahat dalam kesian. Sori la semut yek.

So, tipnya kat sini ialah, jgn bazirkan tenaga dok menyembur sesemut yg datang ke rumah, lelagi kalo dalam jumlah yg banyak tuh. Kalo yg datang sikit2 tu takpe la.. Sekali kite sembur, dengan kite2 sekali tercium bahan racun semburan tu ye tak? Kalo sekali datang sembo, sekali datang sembo, lama2 kang sudah berape kali sembo da.. Kalo ade budak ke baby ke kat rumah, lagi la tak elok. Tu blom cerite penyembur termasuk dalam makanan yg tak ditutup sempurna.

Dah agak lama gakla aku gunakan taktik ni, dan setakat ni alhamdulillah berkesan. Mungkin akan amek masa sikit lah, dalam sehari-dua untuk die berfungsi secara sempurna, tapi lepas tu, semut yg datang dari jenis dan koloni yg sama ni takkan datang balik dalam jangka masa yg panjang. Kalo datang lagi, maknanya tu maybe dari koloni yg lain kot. Cara ini DIJAMIN tiada racun, tiada bahan perosak dan tidak membahayakan kesihatan langsung. Even kalo termakan pon, tak memudaratkan, kecuali untuk semut. Percaya tak? Hehehehe.. da macam iklan lak ye.

Ok, cara nak menghilangkan semut2 jahat yg datang kerumah tanpa diundang, ESPECIALLY yg datang dalam jumlah yg banyak, dan suke jalan beratur pepanjang kat cecelah tu, ha ini obatnye. Just gunakan mauripan dan gula sahaje. Aritu dah terangkan mauripan tuh mende kan? Ibu roti daa... Kalo lupe pi la google yek. Gunakan nisbah 1:2 untuk keduanya. Contoh, kalo pakai stengah sudu mauripan, then campurkan dengan satu sudu gula, then gaulkan keduanya pakai tgn yg kering atau sudu sampai sebati.

Kalo da siap..ha camnih la lelebeh kurang rupenye. Oh ye, sebelum campurkan bahan ni, tengok dolo semut tu jenis semut ape, kalo jenis yg kecik halus tu, eloklah kisarkan sikit gula ni, tapi jgn la blend halus sampai jadi debu, kang die cair plak. Blend gula je taw, jgn blend ngan mauripannye sekali plak. Tujuan blend gula tu sekadar nak menyenangkan semut2 ni nanti mengangkut gula yg dicampur mauripan ni ke sarang die.

Letakkan campuran gula ni di tetengah perjalanan semut tu supaya senang die nampak. Lagi cepat die angkut lagi senang keje. Bila gula ni semua diangkut dan dimakan oleh semut dikoloni atau disarangnye, maka semut2 ini akan mati beramai2 disebabkan mauripan tu. Bagi masa sikit dalam sehari, supaya gula tu diangkat sehabisnya ke sarang diorang, Kalo habis jgn memalu refillkan ye.

Masa ni toksahla kaco depa ni buat keje.. biokan aje. Kekadang semut akan kuar berduyun2 sampai byk gile sbb tolong buat keje gotong royong mengangkut gula ni kasi cepat abis. Haaa.. lagi bagus..tamak ye.. bagi lagi.. dan lagi.. huwahahahahaha...! Lagi byk angkut lagi la bagus kan. Layankan aje sesemut tu. Kalau keesokkan harinya anda tengok gula yg ditabur tu dah byk kurang atau dah habis, dan masih ada semut ni merayap2, ha kebarangkaliannya depa ni antara yg terakhir la kot dalam koloni tu, yg tak sempat nak makan gula tu, maybe golongan pekerja dan balaci bawahan sbb yg makan awal misti komander2 atau bangsawan2 atas dolo, so bg mereka2 yg tertinggal ni, bolehla semburkan dengan racun serangge kalo tak sabar ye. Lepas tu insyallah hilangla semut tuh semua. Kalo ade sekor due tu, stendedla.. ade survivor la tu. Sila la buat ape yg perlu untuk un-survive kan diorang ek.

Kenape semut tu mati? Hmm.. secara logiknya, mauripan adalah serbuk bahan penaik. Bila dimakan oleh semut, mauripan tadi akan mengembang berkali ganda didalam perut semut, dan ini akan mengakibatkan semut mendapat penyakit busung lalu mati. Ahahahaha.. ini teori aku sendrikla.. tatau la ye ke tak. Yang pasti, bukan sekali due aku pakai taktik ni.. memang menjadi. Aku tak payah nak bersihkan semut mati ke ape.. sbb aku mmg tak suke tengok bende mati. Lagipon ianya sesuai kalo kat rumah tu ade budak kecik yg jenis tgn gatai suke masukkan bende dalam mulut. Takat makan gula ngan mauripan ni.. takde bende pon jadi. So, yg kali terakhir ni pon, aku gunakan cara yg sama, and now, rumah ku bebas-semut semula. Terima kasih mauripannnn... hehehe. Enjoice!

P/s : Masa Raya Haji tuhari, balik beraye kat Temeloh. Mummy Orf pon tengah ada masalah semut berduyun2 dalam rumah musim hujan ni. Die cerite kat aku, katenye die try la yg pakai gula ngan mauripan ni.. lepas tu die letak few spots untuk semut tu pick up gula tu. Sakali katenye banyak gile semut datang hurung bende alah tu last2 pasal die takut sbb semut2 tu da mcm rupe nak menyerang rumah je gayenye, die spray je semua.. adaka... mane nak jadi.. kekekekekeke.. So sampai aku balik ahad semalam pon, beliaw masih lagi gigih menyembur semut pasal takut nak letak gula kang kene serang. Oh ibu mertuaku.. camtu la plak..