Wednesday, November 16, 2011

Cintailah Dia..

Cintailah dia..

..bila die merasa minuman atau makanan kamu. Dia cume hendak memastikan yg ianya sedap dan sesuai untuk kamu.

..bila dia asyik mengingatkanmu untuk jangan lupa sembahyang. Dia cuma hendak kamu ke syurga.

..bila dia merasa cemburu. Kerana dalam banyak2 manusia di dunia ini, dia memilih untuk cemburu dengan kamu.

..bila dia menjadi isterimu, dia menyuruhmu bermain dengan anak2. Dia bukan melahirkan mereka untuk menjadi miliknya seorang.

..bila dia meminta kamu membantu anak2 tengokkan kerja sekolah mereka. Dia cuma mahukan kamu menjadi sebahagian dari keluarganya.

..bila dia kurang menarik sewaktu bangun pagi. Dia akan cantikkan dirinya kembali kemudian.

..bila dia bertanya adakah dia gemuk. Pandangan kamu adalah yang paling penting, jadi beritahulah yg dia kelihatan cantik.


..bila dia memang kelihatan cantik di pandangan mata kamu. Dia
milik kamu, jadi hargailah dia.

..bila dia bersiap berjam2 lamanya. Dia cuma hendak menjadi yang terbaik untuk kamu.

..bila dia membelikan sesuatu, biarpun kamu tidak menyukainya. Senyumlah dan katakan lah ianya adalah sesuatu istimewa.

..bila ada sesetengah perangainya yang menjengkelkan. Kerana kamu juga ada.

..bila ada sesetengah sikapnya yg tidak baik. Kamu juga mempunyainya, dan dengan kebijaksanaan serta kebaikan yg ada dalam diri kamu, kamu ada banyak masa untuk membantunya supaya berubah.

..bila masakannya tak sesedap mana. Dia telah mencuba.

..bila dia menangis tanpa kamu ketahui puncanya. Tak perlu tanya, cuma katakan padanya yang semuanya akan menjadi ok.

..bila dia meragam akibat PMS. Belikan dia coklat, atau bunga, atau apa saja yg dia suka, gosok2kan kaki dan belakang badannya, dan berbuallah dengannya, pasti moodnya akan reda.

..bila apa saja yang kamu buat semua tidak kena di matanya. Percayalah, ianya BOLEH terjadi tanpa sebab, dan pasti akhirnya akan berlalu pergi.

..bila die tanpa sengaja terkotorkan pakaian kamu. Mungkin sudah sampai masa untuk kamu membeli yang baru.

..bila dia membebel tentang cara pemanduan kamu. Dia cuma mahu berasa selamat.

..bila dia membangkang kata2mu. Dia cuma mahukan sesuatu yang adil untuk kamu berdua.

..bila die melalut kelaut. Kadang2 dia tak pasti pun apa yg cuba diperkatakannya, cuma hendak bercakap dengan kamu saja.

Cintailah dia.. kerana dia milik kamu. Kamu tidak memerlukan apa2 alasan lain untuk menjadikannya istimewa, kerana tanpa dia, mungkin kamu pun taklah seistimewa mana!

2 comments:

What do you think? Just type your comment here.