Thursday, July 5, 2012

Sile Teka Apekah Aktiviti Saye Sekarang?

Mutakhir ini (ceh mutakhir katenye) kalo nak ikut mmg tak cukup kaki tangan mulut dan badan nak mengejas bermacam2 bende yg berlaku dari sehari ke sehari. Hari hari pun adeee je yg nak dibuatnye. Nak menjenguk blog ni pon cam adoi mak payahnye. Nak tulis tulis conteng conteng lagikla. Tapi dengan semangat waja, malam ni aku nak tulis gak. Kot tak kang, tak lama lagi masuk muzium lak blog aku nih.

Selain dari aktibiti hehari sebagai suri rumah, ibu, isteri, handy-woman, dreba, juara shopping dan sebagainye nih, ha.. macam tak cukup bz, gue tambah lagik satu. Skang sudah try try buat bisnes plak.. generally cookies lah cookies laaah. Ngeee...

Most Famous ChocoChips
Ramai yg tau aku ni mmg suke masak masak and kasi org makan. Sebagai anak jawe, walopon agak murtad (sbb bahase jawe aku mmg kelaut sikit), elemen elemen tradisi orang Jawe ni nampaknye mmg kasi effect mendalam kat diri aku. Contohnye bile melakukan sesuatu kerja yg bekenan dan melekat kat hati, die akan buat sehabis bersungguh. Orang kate alang alang makan biar kenyang. Alang alang mandi bio basah lencun. Pendek kate buat biar sampai lebam, asalkan puas.

Thin Oatty-Oatmeal
So mcm kes aku, asalnye idea nak membisnis kukis ni bukan datang dari org lain, tapi sedare mare, sahabat handai dan kekawan jugak. Asal derang ni makan, misti nak tanye resepi. Asal makan, kang tanye bile boleh buat lagi. So bersempena ngan Ramadhan yg dah nak menjelang ni.. ade la beberapa org mengingatkan aku perihal kukis kukis yg aku buat bila menjelang raye tuh. Takde ke amek order? Tak teringin ke nak buat bisnes sbb kukis kukis yg aku buat tu bole market? and memacam lagik. Tapi yg paling melekat ialah, bile Mak Long laki aku dah 2 tahun berturut2 membebel kat aku pasal aku tak layan die buatkan kukis untuk raya. Ade sorang lagi sepupu aku, pon same. Aritu masa anak sedare aku kawen, berjumpe la kat majlis kawen tuh. Terus die dok peringat aku supaya buat kukis raya lebih tahun ni pasal die nak order. Serius katenye.

Ginger Cinnamon
Sablom2 ni mane la aku nak amek serius.. sbb bukan aku ni tokeh kukis. Aku buat, org makan, pot pet pot pet, habis.. pastu dah la kan. So kalo kate nak order ke ape.. aku konsider tu cume sebahagian dari konversation masa acara meng-ngap kuih raya, tu jek. Tak sangke lak besungguh rupenye. Heh.. so.. bak kate aku tadi.. dah alang-alang ni.. org pon dah amek serius, and dengan sokongan laki ku yg tak berbelah bagi (sbb die sukarela nak jadi delivery boy), maka akhirnye setelah ditimbang tolak, terjadikla jenama Personally Taste - where taste is the reason.

Personal Assorted Pack
Masa print sticker untuk lekat kat produk kukis aku, org kedai tu tanye, kenapa nama brand aku lain? Selalunye org letak XXXX Cookies, atau papela.. tapi ade nama cookies or kuih dalam nama jenama tu skali kat pangkal ke, ujung ke, tengah ke.. Pada aku, mungkin harini aku buat kukis. Now aku dah ade brownies jugak dlm menu. Lelater.. mane le tau.. kot2 aku ade pulak add up bebende lain ke kan.

Hershey's Special Brownies
Pokoknye, pape pun yg aku produced, ianya dtg dari air tangan, perasaan dan hati aku nih secara personal/peribadi. Maksudnya, walopon aku berbisnes, tapi dalam masa yg sama, kalo aku nak share tentang sesuatu tu, ianya mistilah sbb aku sendiri mmg suke, pasal ianya memang sedap, marbeles dan sangat rugi kalo tak diwar-warkan kepada orang lain. Lagipun, aku ni mana buat bende kalo aku sendrik tak suke. Gitu la lelebey kurang ngape aku taruk nama Personally Taste nih.. Udah cerite asal usul la pulak ye.. Orang naluri sutera memang begitew.. hew hew heww..

Mak aku kate, ikut gaya aku nih, mmg tak untung la aku nak berbisnes. Org bisnes kuih pakai majerin, or kalo pakai butter pon.. yg murah2 aje. Aku pakai butter SCS, macam nak makan sendirik. Org pakai coklat masakan yg kilo2 tu, aku pakai Cadbury bars yg untuk makan sedap2 punye. Tu blom cocoa Hershey's nye, chocochips nye, nuts nye. Eleh mane la tumpahnye kuah kalo tak ke nasik. Ye ye je mak aku ni komen.. mcm la mase die meniage dolo tak lelebih kurang same jek. Die dolo meniage punye la byk tahun pon.. mane ade untung? Takat balik modal and dapat la kaver sane sini sikit2.. lain2 amal jariah je. Motto mak aku : Makan biar sedap. Yang bagusnye, sampai skang ni, bile sebut je nama Wak Sanah pasal hal2 makanan, ha memang terkenal dan laris la kalo kat Ijok tuh. Inilah impact bile org berbisnes dengan ikhlas, bukan takat org ingat sampai bebile, tapi makanan die tu dijadikan bench mark untuk dijadikan kayu pengukur tahap kesedapan. Bukan tak biase aku dengar org cakap, eh vadeh ni tak sedap la.. tak mcm Wak Sanah punye. Ngape tak order kat die je? Atau.. ape la nasik lemak ni rase camni. Kalo tak tau, cube la tanye Wak Sanah camane nak buat sambal ke.. camane nak nasik jadi peroi ke.. haa..tu antara contoh la. Tapi ye le.. Mak tu dah sifu, pengalaman dah banyak. Maka sesuai la kalo orang kenal die camtu. Kire kalo dalam rancangan Celebriti Chef tu, die Chef Joe tu la.. tua tua berisi heheheheh.

Dolo aku pon tak setuju gaye mak aku. Sbb mmg tak huntung. TAPI... ha bile da kene kat muke aku ni.. nampak gaye aku ni pon 2x5 je le ngan Mak. Abis tu nak wat cemane.. udah resepinye cam tuh. Kalo aku tukar2 kang.. lain la plak rasenye. Kang penat je aku mengejas dan meng-create resepi2 ni semua. So skang aku pahamle.. ngape mak aku tak nak berkompromi langsung pasal kualiti. Mmg effect especially kat rasa.

So..(so lagi) sejak itu maka bertambahlah radar kebizian hidup aku nih. Aktiviti aku la ni, disamping aktibiti2 rutin setiap hari, ialah membaking cookies and brownies. Sebenarnye aku tak tersangke order akan masuk dengan byk camnih. Aku ingat.. eleh.. sape la aku nih kan. Baru nak setat2 gitu2 je.. entah kan laku entah kan tak. Bila compare ngan org lain yg dah lama berbisnes dalam bidang ni, tambah plak ngan variety kukis die yg bermacam2 tu.. ee.. segan pon ade. Aku punye berape jenis je. Entah ade entah tak org nak rase kukis2 aku ni.

Hopefully, once org dah rase, diorang tau lah ke-special-an produk aku nih. Sape2 yg tekak tu teringin nak rase kukis2 yg lain sikit dari normaliti yg biase, especially yg ter-stuck ngan jenis2 kukis melayu aje, leh la try kukis ala mat saleh aku nih. Tak kenal tak cinte, tak rase tak tau le kan. Yang aku tau, aku cume jual yg sedap2 aje. Heheheh.. Enjoice!

p/s :
Visit my other blog for my cookies & brownies at 
http://personallytaste.blogspot.com
And Thank You for your support!

Friday, February 17, 2012

Tentang Bani Israel

Tanggal 14 Mei, 1948 bersamaan dengan hari Jumaat, merupakan hari yg paling bersejarah bagi kaum Yahudi di seluruh dunia kerana pada hari itu, telah diwujudkan sebuah negara yang dinamakan ISRAEL -> kemuncak cita2 kaum Yahudi yang telah terpasak dalam sanubari mereka sejak beribu2 tahun dahulu.

Usaha menubuhkan negara ini dilakukan melalui beberapa peringkat rundingan, termasuklah Perjanjian Belfour, yang kemudiannya menjadi titik penting dalam mendeklarasikan kewujudannya. Akhirnya muncullah Israel, negara baru yg cuba menempatkan diri di sudut peta dunia.

Ketika di zaman para nabi, Bani Israel merupakan satu daripada byk kaum yg terdapat pada waktu itu. Berpandukan kajian, khususnya melalui susur galur dan sejarah terdahulu, kaum ini adalah kaum yg sama yg kita sebut sebagai kaum Yahudi pada hari ini. Inilah kaumnya yg banyak kali disebut2 dalam Al-Quran.

Dalam Al-Quran juga, telah dinyatakan bahawa terdapat banyak Nabi dan Rasul yg berasal dari kaum ini , kecuali nabi yg terakhir, Nabi Muhammad s.a.w. kerana baginda muncul dari kalangan bangsa Arab.

Berpandukan apa yg disebut dalam Al-Quran juga, terdapat banyak ayat yg menceritakan kisah dan riwayat Bani Israel yg telah wujud sejak zaman Nabi Musa a.s lagi. Di pemerintahan Firaun yg kejam ketika itu, Bani Israel adalah satu bangsa yg dikategorikan sbg hamba dan tidak layak menikmati kehidupan bebas apa lagi sempurna seperti kebanyakkan kaum2 lain yg di anggap lebih tinggi darjatnya. Firaun yg berbangsa Qibti adalah sangat zalim kepada golongan Bani Israel. Di era moden, kezaliman yg dilakukan Firaun mungkin hampir sama nilainya seperti yg pernah dilakukan oleh Adolf Hitler terhadap golongan ini ketika era Perang Dunia Kedua.

Sinar harapan menjadi cerah bila munculnya Nabi Musa a.s. Akhirnya, Nabi Musa dengan izin dan pertolongan Alah s.w.t, berjaya menumbangkan kekuasaan Firaun dan dalam masa yg sama membebaskan golongan yg dizalimi ini dari kekejaman Firaun. Kemudian, Allah s.w.t telah memerintahkan supaya Bani Israel berjanji, bertaat setia dan patuh kepada Nabi Musa a.s.Perkara ini telah dinyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran melalui firman-Nya di kebanyakan surah. Sebagai contoh, di dalam Surah al_Baqarah Ayat 83, Allah s.w.t telah menerangkan kepada Bani Israel beberapa perintahNya yg telah disampaikan melalui Nabi Musa a.s untuk dipatuhi oleh kaum tersebut. Perintah ini dikenali juga sebagai The Ten Comandments dan disebut dalam Kitab Taurat yg asal. Maka berjanjilah mereka untuk mematuhi perintah ini. (Malah, sebuah filem telah pon dibuat berdasarkan perintah ini sekitar tahun 1956, The Ten Commandment arahan Cecil B. DeMile). Kandungan perintah tersebut ialah :

1. Akulah Tuhan, Allahmu. Jangan ada padamu tuhan lain selain Aku.

2. Jangan membuat bagimu patung (sembahan) yg menyerupai apa pun.

3. Jangan menyebut nama Tuhan : Allahmu, dengan sembarangan.

4. Ingatlah dan kuduskanlah hari Sabat.

5. Hormatilah ayah dan ibumu.

6. Jangan membunuh.

7. Jangan berzina

8. Jangan mencuri

9. Jangan mengucapkan saksi dusta sesama kamu.

10. Jangan mengingini milik sesama kamu ( jangan mengingini isteri, atau hamba lelakinya, atau hamba perempuannya, atau lembunya, atau keldainya, atau hartanya, atau apa pun yg dipunyai sesama kamu)

Tidak berterima kasih atas segala nikmat yg diberikan, kaum yg tidak mengenang budi ini telah menjadi degil dan menjadi begitu angkuh akibat kesenangan hidup berbanding sebelumnya, malah engkar dengan perjanjian yg dipersetujui. Perbuatan mereka ini tidak hanya berlaku ketika zaman Nabi Musa a.s saja, malah berlarutan hinggalah ke zaman selepas Baginda. Pada hari ini, setelah 1400 tahun berlalu, kaum Bani Israel yg kini kita kenali sebagai Yahudi ini masih dan tetap engkar terhadap apa yg telah diperintahkan oleh Allah s.w.t kepada mereka. Perkembangan terkini, kita masih dapat melihat apa yg dilakukan oleh kaum ini, khususnya apa2 yg berkenaan Israel, masih sama seperti beribu tahun yg lampau. Keangkuhan dan kesombongan yg masih sama dan langsung tak berubah, sama seperti yg dijelaskan dalam Al-Quran.

Dalam surah al-Baqarah, ayat 85, telah disebutkan yg bermaksud " Sesungguhnya, golongan Bani Israel ini adalah satu kaum yg dimuliakan Allah s.w.t satu ketika dulu. Kebanyakkan dari keturunan Bani Israel atau kaum Yahudi, mempunyai kebijaksanaan dan kelebihan yang tidak diberikan terhadap kaum lain."

Jelas berdasarkan ayat tersebut, betapa Allah s.w.t telah mengurniakan keistimewaan kepada kaum ini. Nikmat yg diberikan bertali arus sejak dibebaskan dari kezaliman Firaun. Mereka menjalani kehidupan di kawasan subur dan terpilih, mempunyai Kitab Taurat, malah Rasul juga dilantik kalangan mereka, tetapi mereka tetap tidak mahu bersyukur, sebaliknya hanya byk memberikan alasan.

Suatu ketika, Allah s.w.t telah memerintahkan supaya mereka berpindah ke Palestin, namun mereka engkar dan membelakangi wahyu Allah s.w.t atas alasan takut terhadap suku Kan'an. Sikap pengecut itu telah menyedihkan hati Musa a.s, lalu Allah s.w.t menjadi murka dan telah mengharamkan mereka memasuki Palestin selama 40 tahun, dan selama itulah mereka berkeliaran atas muka bumi tanpa penempatan tetap.

Selepas 40 tahun menjalani hidup dalam kebingungan sehingga musnah apa yg mereka miliki, Palestin kemudiannya telah dihuni oleh generasi baru. Malangnya, sikap mereka yg pendengki, suka bermusuhan dan kejam terhadap org lain tidak pernah surut. Sudah menjadi fitrah manusia, pastinya ramai yg lupa daripada beringat, lebih2 lagi bila nafsu merakus mengatasi iman. Negara Israel lalu ditubuhkan, di atas air mata, penderitaan dan pertumpahan darah org yg tidak bersalah, semuanya atas nama nafsu dan kerakusan untuk berkuasa. Itulah hakikat yg terjadi kini, di bawah rejim Israel, kaum ini dengan hati yg buta kembali melakukan kerosakan khususnya di bumi Palestin, Lubnan dan beberapa negara lain. Mereka kembali melaksanakan kekejaman dan berselindung di sebalik kata2 retorik 'perdamaian' dan 'demokrasi'.

Kaum ini menggelarkan orang lain, khususnya umat Islam sebagai pengganas, namun penglibatan mereka yg secara terang2an dalam pembunuhan rakyat Palestin, tragedi Shabra Satilla dan Deir Yassin, malah byk lagi kezaliman lainnya, dianggap sebaliknya. Sedihnya, ada segelintir orang Islam sendiri yg merasa tindakan mereka ini adalah untuk menjaga hak dan kepentingan mereka, sama seperti bangsa lain di dunia ini, dan menyokong bangsa ini atas tiket kepentingan diri sendiri, padahal dalam masa yg sama, sesetengah bangsa Yahudi itu sendiri langsung tidak setuju dengan tindak tanduk pemimpin mereka, khususnya dasar luar pentadbiran Israel. In Fact, sebenarnya terdapat ramai kaum Yahudi yg berpendirian waras, ramai2 keluar dan mengadakan demonstrasi membantah kezaliman yg dilakukan oleh kaum mereka sendiri sejak tragedi Shabra Satilla, Deir Yassin, penaklukan Palestin dan berterusan hinggalah yg terbaru, bila Lubnan pula dicerobohi, namun kebanyakannya berjaya disorokkan dari kaca mata dunia.

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Maidah ayat 32 yg bermaksud : " Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu, kami tetapkan Bani Israel, bahawasanya sesiapa yg membunuh seorang manusia, dengan tiada alasan yg membolehkan membunuh orang itu atau (kerana) melakukan kerosakan di bumi, maka seolah2 dia telah membunuh manusia semuanya, dan sesiapa yg menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah2 dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya, dan demi sesungguhnya, telah datang kepada mereka rasul2 kami dengan membawa keterangan yg cukup terang, kemudian, sesungguhnya kebanyakan daripada mereka sesudah itu, sungguh2 menjadi orang2 yg melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi."

Ayat ini sudah cukup menggambarkan betapa kaum Yahudi ini sombong dan bongkak bukan sahaja sesama manusia, tapi juga Maha Pencipta Allah s.w.t dan perintahNya. Kini, Golongan mereka yg menderhaka kepada Nabi dan perintah Allah s.w.t ini secara rasminya telah wujud kembali secara terang2an dan muncul dalam bentuk pemimpin kaum Yahudi dan menyambung legasi kekejaman dan kezaliman nenek moyang mereka tanpa segan silu. Sedar atau tidak, Bani Israel yg telah beribu2 tahun bertaburan di muka bumi ini akibat dimurkai oleh Allah s.w.t seperti yg disebut2 dalam al-Quran kini telah kembali bertaut, bersatu dan mempunyai negara dibawah panji Israel.

Sunday, January 29, 2012

Our 7th Heaven

Hoh! Ape? Ketujuh dah? Huih ape terjadik ni? Mimpi ke aku? Eh aku kat mane ni? Dah kemane perginye semua masa itu? Rasa mcm weekend smalam je terjadik tapi tetibe dah 7 tahun dah? Betul ke dah 7 tahun aku dok ngadap muke mamat ni? Ye ke? Apasal aku cam tak berape perasan je?





Haaa.. camtu lah lelebey kurang perasaan aku bila laki aku tetibe kasi satu kiss kat pipi tepat kol 12 malam pada 8hb Januari tuhari sambil ucap Happy Our 7th Anniversary. Aku plak mase tu ngah siokk je ngadap TV dengan jayanye. Perasaan masa tu mak ai.. bercampo-campo, tapi frankly, perasaan yg paling banyak sekali ialah perasaan bersalah. Pasalnye aku langsung tak hengat, bole? 2-3 hari sebelom tuh aku dah ingat dah, tapi bila dah time, bole telupe la plak. Ngeeeeeeeeeee.. Aku cume mampu sengih sambil kekelip mate. Lepas tu pale aku kene tonjol.

Alah bukan aku sesaje je tak ingat, niat nak ingat tu dah ade, tapi TERlepas plak kan.. lagi pon, aku rase cam hari hari pon cam pengantin baru.. cintaku padamu tetap mekar di awan biru gitew.. di dadaku hanya dup dap dup dap dengan nama kamu.. leh tak kalo aku nak mengkaver diri aku camtuh? Hehehehe.. Mau muke laki aku herot 45 degree kot kalo aku kate camtuh.

Well, sebenonye, dalam byk hal especially yg melibatkan tarikh-tarikh ni semua.. laki aku lagi pengingat dari aku. Aku ni kadang besday sendrik pon aku lupe. Selalunye kalo dah masuk bulan May tu aku dah ingat dah yg dalam bulan tu mmg arijadik aku, tapi pasal kemain lama nak tunggu ujung bulan, lepas 5hb tu selalunye terus lost count, lepas tu tetibe je aku jadi hilang ingatan and kalo tak diingatkan, terus membawak sampai ke bulan depannye. So kalo takde sape wish pape pon.. aku takdenye terase.. (tapi lom penah lagi la takde org wish tiap2 taun kaen..)

Laki aku lain pulak.. kalo 12hb Feb tu telupe pasal besday die.. muke dah menten nampak cam cool cool cool.. tapi karang.. mau 7-8 purnama die ungkit. Eleh.. ati kaler merah jambu mmg camtuh.. tak byk sikit majuk le tewww.. ngeh ngeh ngeh ngeh.. So kau jgn buat pasal Rina, jangan kao lopa sama laki mu ponya tarikh beranak.. kao bukan tatao betapa kembang semangkoknya laki kao bila kao wish hepi besday sama diaaa...ha ha ha ha ha! Ha alo camtu barula namenye sayang kan? Bila partner kite gumbira, kite pon suka sama ye dak? Pandai tak saye? Takpe takpe bulan Februari lom lepas lagi.. satgi kang aku tulis siap2 kat pintu peti sejuk beso2 supaya tak lupe.. heh.

So skang lengkap la 7 tahun aku menjalankan hidup sbg Mrs. Tengku Zulfadzil. Cemerlang ke, terbilang ke, atau melayang ke.. tu kene tanye pak inchek la.. (ehem! nak kene jawap ke?) tapi aku rase, aku dah try seboleh baik sepanjang aku menceburi karier menjadi isteri ni. Ade tergeliat sikit-sikit tu biase lah.. tapi alhamdulillah.. yg besar ke, yg kecik ke.. semua kami tempuh dengan sabar dan yg penting, semuanya kami hadap bersama. Bagi aku, KEBERSAMAAN itu adalah kunci dalam rumahtangga. Tak ada dalam kamus kami tentang SAYA atau AWAK, semuanya adalah tentang KITA. Kami cuba hidup saling lengkap melengkapi, hormat menghormati dan memperbaiki sesama sendiri supaya rumahtangga ini menjadi sesuatu yg indah dan seronok untuk dinikmati. Aku sedaya upaya akan cuba pastikan, bila suami balik ke rumah, hati yg gundah menjadi tenang, apa jua masalah yg datang, biarlah terlurut bila menengok pintu rumah, dan bila kakinya menapak ke dalam rumah pulak, biarlah senyumannya yg ternampak dahulu selepas memberi salam. Tak mudah, tapi sebenarnya tak juga susah, yang penting, andai hati kita ikhlas, semua pon kite mampu buat.

Now, bila aku imbas balik saat-saat aku mula kenal die around tahun 2000 dolo, sape sangke mamat ni yg dolonya cume geng chatting kat ICQ, kendian pasal boleh geng satu kepala, kami jumpe untuk petame kalinya kat McD Taipan for quick lunch, berjaya menangkap hati aku yg kebal ini untuk mengenali hati budi beliaw? --> (kata artis zaman skang la) In the process yg telah macam2 terjadik dengan peristiwa2 yg tak ingin ku ingat waktu itu, entah camane aku bole pi berdating ngan die and akhirnya kawen? Tu lah namanya jodoh kan?

Masa banyak mengajar kita, and definitely lotsa things about us have changed since then, but I think, most of what we value in our relationship maintain the same. I love you, you love me. Your happiness making me happy vice versa and other stuffs like that might look simple and leceh2 je, but small small things like that works like a charm. We grow our love from the very beginning with trust and understanding, now it even get bigger and stronger. At the end of the day, both of us just wanna have a good life and have fun doing it, and thank God to let him be my partner in this one. Semoga jodoh ini terus berkekalan sehingga ke akhir hayat. Amin amin, ya rabbal a-lamin..