Friday, February 17, 2012

Tentang Bani Israel

Tanggal 14 Mei, 1948 bersamaan dengan hari Jumaat, merupakan hari yg paling bersejarah bagi kaum Yahudi di seluruh dunia kerana pada hari itu, telah diwujudkan sebuah negara yang dinamakan ISRAEL -> kemuncak cita2 kaum Yahudi yang telah terpasak dalam sanubari mereka sejak beribu2 tahun dahulu.

Usaha menubuhkan negara ini dilakukan melalui beberapa peringkat rundingan, termasuklah Perjanjian Belfour, yang kemudiannya menjadi titik penting dalam mendeklarasikan kewujudannya. Akhirnya muncullah Israel, negara baru yg cuba menempatkan diri di sudut peta dunia.

Ketika di zaman para nabi, Bani Israel merupakan satu daripada byk kaum yg terdapat pada waktu itu. Berpandukan kajian, khususnya melalui susur galur dan sejarah terdahulu, kaum ini adalah kaum yg sama yg kita sebut sebagai kaum Yahudi pada hari ini. Inilah kaumnya yg banyak kali disebut2 dalam Al-Quran.

Dalam Al-Quran juga, telah dinyatakan bahawa terdapat banyak Nabi dan Rasul yg berasal dari kaum ini , kecuali nabi yg terakhir, Nabi Muhammad s.a.w. kerana baginda muncul dari kalangan bangsa Arab.

Berpandukan apa yg disebut dalam Al-Quran juga, terdapat banyak ayat yg menceritakan kisah dan riwayat Bani Israel yg telah wujud sejak zaman Nabi Musa a.s lagi. Di pemerintahan Firaun yg kejam ketika itu, Bani Israel adalah satu bangsa yg dikategorikan sbg hamba dan tidak layak menikmati kehidupan bebas apa lagi sempurna seperti kebanyakkan kaum2 lain yg di anggap lebih tinggi darjatnya. Firaun yg berbangsa Qibti adalah sangat zalim kepada golongan Bani Israel. Di era moden, kezaliman yg dilakukan Firaun mungkin hampir sama nilainya seperti yg pernah dilakukan oleh Adolf Hitler terhadap golongan ini ketika era Perang Dunia Kedua.

Sinar harapan menjadi cerah bila munculnya Nabi Musa a.s. Akhirnya, Nabi Musa dengan izin dan pertolongan Alah s.w.t, berjaya menumbangkan kekuasaan Firaun dan dalam masa yg sama membebaskan golongan yg dizalimi ini dari kekejaman Firaun. Kemudian, Allah s.w.t telah memerintahkan supaya Bani Israel berjanji, bertaat setia dan patuh kepada Nabi Musa a.s.Perkara ini telah dinyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran melalui firman-Nya di kebanyakan surah. Sebagai contoh, di dalam Surah al_Baqarah Ayat 83, Allah s.w.t telah menerangkan kepada Bani Israel beberapa perintahNya yg telah disampaikan melalui Nabi Musa a.s untuk dipatuhi oleh kaum tersebut. Perintah ini dikenali juga sebagai The Ten Comandments dan disebut dalam Kitab Taurat yg asal. Maka berjanjilah mereka untuk mematuhi perintah ini. (Malah, sebuah filem telah pon dibuat berdasarkan perintah ini sekitar tahun 1956, The Ten Commandment arahan Cecil B. DeMile). Kandungan perintah tersebut ialah :

1. Akulah Tuhan, Allahmu. Jangan ada padamu tuhan lain selain Aku.

2. Jangan membuat bagimu patung (sembahan) yg menyerupai apa pun.

3. Jangan menyebut nama Tuhan : Allahmu, dengan sembarangan.

4. Ingatlah dan kuduskanlah hari Sabat.

5. Hormatilah ayah dan ibumu.

6. Jangan membunuh.

7. Jangan berzina

8. Jangan mencuri

9. Jangan mengucapkan saksi dusta sesama kamu.

10. Jangan mengingini milik sesama kamu ( jangan mengingini isteri, atau hamba lelakinya, atau hamba perempuannya, atau lembunya, atau keldainya, atau hartanya, atau apa pun yg dipunyai sesama kamu)

Tidak berterima kasih atas segala nikmat yg diberikan, kaum yg tidak mengenang budi ini telah menjadi degil dan menjadi begitu angkuh akibat kesenangan hidup berbanding sebelumnya, malah engkar dengan perjanjian yg dipersetujui. Perbuatan mereka ini tidak hanya berlaku ketika zaman Nabi Musa a.s saja, malah berlarutan hinggalah ke zaman selepas Baginda. Pada hari ini, setelah 1400 tahun berlalu, kaum Bani Israel yg kini kita kenali sebagai Yahudi ini masih dan tetap engkar terhadap apa yg telah diperintahkan oleh Allah s.w.t kepada mereka. Perkembangan terkini, kita masih dapat melihat apa yg dilakukan oleh kaum ini, khususnya apa2 yg berkenaan Israel, masih sama seperti beribu tahun yg lampau. Keangkuhan dan kesombongan yg masih sama dan langsung tak berubah, sama seperti yg dijelaskan dalam Al-Quran.

Dalam surah al-Baqarah, ayat 85, telah disebutkan yg bermaksud " Sesungguhnya, golongan Bani Israel ini adalah satu kaum yg dimuliakan Allah s.w.t satu ketika dulu. Kebanyakkan dari keturunan Bani Israel atau kaum Yahudi, mempunyai kebijaksanaan dan kelebihan yang tidak diberikan terhadap kaum lain."

Jelas berdasarkan ayat tersebut, betapa Allah s.w.t telah mengurniakan keistimewaan kepada kaum ini. Nikmat yg diberikan bertali arus sejak dibebaskan dari kezaliman Firaun. Mereka menjalani kehidupan di kawasan subur dan terpilih, mempunyai Kitab Taurat, malah Rasul juga dilantik kalangan mereka, tetapi mereka tetap tidak mahu bersyukur, sebaliknya hanya byk memberikan alasan.

Suatu ketika, Allah s.w.t telah memerintahkan supaya mereka berpindah ke Palestin, namun mereka engkar dan membelakangi wahyu Allah s.w.t atas alasan takut terhadap suku Kan'an. Sikap pengecut itu telah menyedihkan hati Musa a.s, lalu Allah s.w.t menjadi murka dan telah mengharamkan mereka memasuki Palestin selama 40 tahun, dan selama itulah mereka berkeliaran atas muka bumi tanpa penempatan tetap.

Selepas 40 tahun menjalani hidup dalam kebingungan sehingga musnah apa yg mereka miliki, Palestin kemudiannya telah dihuni oleh generasi baru. Malangnya, sikap mereka yg pendengki, suka bermusuhan dan kejam terhadap org lain tidak pernah surut. Sudah menjadi fitrah manusia, pastinya ramai yg lupa daripada beringat, lebih2 lagi bila nafsu merakus mengatasi iman. Negara Israel lalu ditubuhkan, di atas air mata, penderitaan dan pertumpahan darah org yg tidak bersalah, semuanya atas nama nafsu dan kerakusan untuk berkuasa. Itulah hakikat yg terjadi kini, di bawah rejim Israel, kaum ini dengan hati yg buta kembali melakukan kerosakan khususnya di bumi Palestin, Lubnan dan beberapa negara lain. Mereka kembali melaksanakan kekejaman dan berselindung di sebalik kata2 retorik 'perdamaian' dan 'demokrasi'.

Kaum ini menggelarkan orang lain, khususnya umat Islam sebagai pengganas, namun penglibatan mereka yg secara terang2an dalam pembunuhan rakyat Palestin, tragedi Shabra Satilla dan Deir Yassin, malah byk lagi kezaliman lainnya, dianggap sebaliknya. Sedihnya, ada segelintir orang Islam sendiri yg merasa tindakan mereka ini adalah untuk menjaga hak dan kepentingan mereka, sama seperti bangsa lain di dunia ini, dan menyokong bangsa ini atas tiket kepentingan diri sendiri, padahal dalam masa yg sama, sesetengah bangsa Yahudi itu sendiri langsung tidak setuju dengan tindak tanduk pemimpin mereka, khususnya dasar luar pentadbiran Israel. In Fact, sebenarnya terdapat ramai kaum Yahudi yg berpendirian waras, ramai2 keluar dan mengadakan demonstrasi membantah kezaliman yg dilakukan oleh kaum mereka sendiri sejak tragedi Shabra Satilla, Deir Yassin, penaklukan Palestin dan berterusan hinggalah yg terbaru, bila Lubnan pula dicerobohi, namun kebanyakannya berjaya disorokkan dari kaca mata dunia.

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Maidah ayat 32 yg bermaksud : " Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu, kami tetapkan Bani Israel, bahawasanya sesiapa yg membunuh seorang manusia, dengan tiada alasan yg membolehkan membunuh orang itu atau (kerana) melakukan kerosakan di bumi, maka seolah2 dia telah membunuh manusia semuanya, dan sesiapa yg menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah2 dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya, dan demi sesungguhnya, telah datang kepada mereka rasul2 kami dengan membawa keterangan yg cukup terang, kemudian, sesungguhnya kebanyakan daripada mereka sesudah itu, sungguh2 menjadi orang2 yg melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi."

Ayat ini sudah cukup menggambarkan betapa kaum Yahudi ini sombong dan bongkak bukan sahaja sesama manusia, tapi juga Maha Pencipta Allah s.w.t dan perintahNya. Kini, Golongan mereka yg menderhaka kepada Nabi dan perintah Allah s.w.t ini secara rasminya telah wujud kembali secara terang2an dan muncul dalam bentuk pemimpin kaum Yahudi dan menyambung legasi kekejaman dan kezaliman nenek moyang mereka tanpa segan silu. Sedar atau tidak, Bani Israel yg telah beribu2 tahun bertaburan di muka bumi ini akibat dimurkai oleh Allah s.w.t seperti yg disebut2 dalam al-Quran kini telah kembali bertaut, bersatu dan mempunyai negara dibawah panji Israel.